Maszlee nafi keluar Bersatu


shadow

BEKAS Menteri Pendidikan Maszlee Malik menafikan laporan yang mendakwa beliau keluar parti susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu.

Beliau menangkis dakwaan tersebut ketika disoal sewaktu tiba untuk mesyuarat di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya malam ini.

“Saya baru nak masuk (mesyuarat), takkan saya keluar. Bila saya keluar?” katanya kepada pemberita ketika ditanya.

Laporan Malay Mail hari ini mendakwa beliau merupakan antara beberapa pemimpin Bersatu yang keluar parti susulan peletakan jawatan Dr Mahathir.

Empat lagi pemimpin kanan dilapor mengambil tindakan serupa – Ahli Parlimen Titiwangsa Rina Harun, Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Para pemimpin Bersatu mula hadir di ibu pejabat itu sejak jam 8 malam ini bagi menghadiri mesyuarat susulan beberapa perkembangan mengejutkan sejak beberapa hari lalu.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang dilaporkan akan mempengerusikan mesyuarat itu tiba kira-kira jam 8.30 malam.

Tinggalkan komen anda