Majoriti SD PM8: Tun M 114, Muhyiddin hanya 90?


shadow

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dipilih sebagai Perdana Menteri setelah gabungan Perikatan Nasional mengakui mempunyai majoriti.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 6 ahli parlimen dari BERSATU telah disahkan bersama Mahathir dan sekaligus mengurangkan jumlah majoriti pro Muhyiddin.

Dalam masa yang sama, setakat ini tiada GPS dalam gabungan mana-mana gandingan dan ia sekaligus menunjukkan mereka kekal di luar dimana membuatkan kira-kira 106 ahli parlimen menyatakan sokongan pada Tun Mahathir.

Parti Warisan pula sememangnya dari awal telah menyatakan bahawa mereka dibelakang Tun Mahathir, dan ini bermakna total ahli parlimen yang menyokong Muhyidin sebagai Perdana Menteri terus menjunam.

Dan Baru Bian pula ahli parlimen terbaru yang menandatangani SD menyokong penuh Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dimana ia sekaligus menjadikan bilangan ahli parlimen di pihak Muhyiddin seramai 90 sahaja.

Tidakkah berlaku kepelikkan disini apabila hanya 90 ahli parlimen sahaja yang menyokong perlantikan Muhyiddin Yassin sebagai PM8, sedangkan PH2.0 pula mengisytiharkan majoriti 114.

Tinggalkan komen anda