Kenapa tiba-tiba petik nama saya – Najib


shadow

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menafikan menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mahathir untuk membentuk kerajaan baharu seperti dilaporkan sebuah portal berita.

“Saya tak pernah cakap dengan ‘The Malaya Post’ pun. Kenapa tiba-tiba petik nama saya?,” katanya dalam hantaran Facebook.

Najib dipercayai merujuk kepada satu laporan portal berkenaan mengenai desas-desus pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu yang memuncak sejak semalam.

Portal itu memetik Najib antara yang menandatangani SD itu tetapi dengan bersyarat.

“Ya, saya sudah tandatangan, namun bersyarat” kata Najib dipetik portal berkenaan.

Tinggalkan komen anda