Hubei catat 100 kematian baru akibat Covid-19


shadow

Sebanyak 1,933 kes baru dan Covid-19 dikesan di Hubei, China, dan setakat semalam jumlah pesakit yang direkodkan di wilayah tersebut ialah 58,182 kes.

Memetik kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Hubei, Reuters melaporkan, semalam juga mencatatkan 100 kes kematian baru, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak tersebut di Hubei sebanyak 1,696.

Hubei ialah pusat kepada penularan wabak tersebut.

Pihak berkuasa juga semalam mengumumkan satu langkah baru dalam usaha mereka mengekang penularan wabak tersebut, iaitu mengarahkan semua bandar di Hubei melarang sebarang kenderaan persendirian berada di jalan raya.Iklan

Sementara itu di seluruh China, pihak berkuasa merekodkan 2,009 kes baru dan ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2,600 kes sehari sebelumnya.

Keadaan itu, kata pihak berkuasa, menunjukkan usaha mereka mengawal Covid-19 berjaya.

“Kesan kawalan koronavirus menunjukkan hasil,” kata jurucakap suruhanjaya itu, Mi Feng.

Dengan rekod terkini itu, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di China menjadi 70,445 dengan melibatkan 1,765 kematian, termasuk 143 yang dilaporkan semalam.

Di luar China pula, lebih 600 kes sudah disahkan, dengan kebanyakannya membabitkan individu yang pernah berkunjung ke pelbagai bandar raya di China.

Tinggalkan komen anda