Dr Mahathir enggan tunduk pada usaha rampas kuasa, kata Anwar


shadow

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim berpuas hati kerana menurutnya Dr Mahathir Mohamad enggan tunduk kepada usaha rampasan kuasa.

Beliau berkata ia hasil pertemuan dengan Dr Mahathir bersama ketua-ketua parti Pakatan Harapan (PH) di kediaman perdana menteri hari ini.

“Mesyuarat yang sangat baik dan saya terkesan dengan sikap dan pendirian beliau tentang perubahan dilakukan, tidak tunduk kepada gerombolan yang mahu merampas kuasa tanpa menetap agenda perubahan,” katanya.

Anwar bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pemimpin PKR di ibu pejabat parti. 

Tinggalkan komen anda