Dr Mahathir beredar dari Istana Negara


shadow

DR Mahathir Mohamad dilihat beredar dari Istana Negara selepas lebih sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Kenderaan membawa Dr Mahathir dilihat keluar dari Istana Negara pada  6.19 petang ini dan beliau melambai sambil tersenyum ke arah petugas media yang menunggu di luar perkarangan Istana Negara.

Ahli Parlimen Langkawi itu telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu hari ini. – Bernama

Tinggalkan komen anda