Dr M usahakan pemerintahan tak memihak pada mana-mana parti


shadow

Beberapa hari berdiam diri, Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad petang ini mendedahkan akan membentuk pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang.

“Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

“Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” katanya.

Tinggalkan komen anda