Dewan Rakyat tentukan PM Isnin ini, kata Dr Mahathir


shadow

DEWAN Rakyat akan bersidang pada Isnin ini untuk mengundi menentukan ahli Parlimen mana yang mempunyai majoriti sokongan untuk jadi perdana menteri, kata Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, undian dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong tidak dapat memastikan siapa yang ada majoriti, selepas menemuduga 222 Ahli Parlimen.

“Oleh sebab tiada majoriti yang jelas, Baginda bertitah forum yang wajar ialah Dewan Rakyat.

“Jadi Parlimen akan bersidang pada 2 haribulan depan… siapa yang ada sokongan majoriti di Parlimen akan jadi perdana menteri.

“Bagaimanapun kalau Dewan Rakyat gagal mendapatkan orang yang ada majoriti, kita perlu adakan pilihan raya,” katanya.

Tinggalkan komen anda