Bicara kes rasuah ditangguh kerana Rosmah sakit


shadow

PERBICARAN kes rasuah Rosmah Mansor tengahari tadi ditangguh selepas peguamnya memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang anak guamnya sakit dan diarahkan doktor untuk berehat.

Peguam kanan Jagjit Singh juga menyerahkan laporan perubatan tetapi memohon mahkamah tidak mendedahkan dan meneliti butirannya kerana “sangat memalukan untuk mendedahkan sakit seseorang”.

“Datin Seri Rosmah tidak sihat. Kami sudah menyerahkan laporan perubatan bertarikh 2 Februari kepada Yang Arif,” kata Jagjit kepada Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Rosmah, 69, berdepan tiga pertuduhan rasuah mencecah ratusan juta ringgit melibatkan projek solar hibrid untuk membekalkan kuasa elektrik kepada 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak.

Beliau didakwa bersubahat untuk menerima rasuah RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Rizal Mansor.

Tinggalkan komen anda