AHLI majlis tertinggi Bersatu, Tariq Ismail Mustafa mempertahankan gesaan Dr Mahathir Mohamad supaya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meletak jawatan.
Beliau mengatakan bahawa kenyataan perdana menteri itu adalah sikap tipikal pemimpin utama negara itu yang berani dan jujur.
Tariq dalam satu kenyataan berkata Dr Mahathir, yang juga pengerusi Bersatu, bukannya gesaan mendesak, sebaliknya ia adalah tindak balas beliau sebagai warganegara global yang bertanggung jawab.
Beliau berkata bahawa sesiapa sahaja dapat melihat bagaimana tindak tanduk Trump terhadap dunia, termasuk keputusannya untuk mengenakan tarif perdagangan ke atas China, sekatan unilateral terhadap Iran dan Rusia dan serangan ke atas rakyat Iran.
“Semua ini, dan banyak lagi, telah berjaya mewujudkan perpecahan dalam tatanan dunia, dan merosakkan tamadun global dalam proses itu,” kata Tariq.
Beliau merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir pada hari Sabtu yang menggesa Trump meletak jawatan, atau rakyat Amerika perlu membuat keputusan yang lebih baik dalam pilihan raya presiden tahun ini.
Semalam, Kedutaan AS di Malaysia menyatakan kekecewaan susulan gesaan perdana menteri supaya Trump meletak jawatan.
Kedutaan AS mengatakan bahawa kenyataan itu tidak memiliki semangat konstruktif yang berfungsi sebagai asas di antara kedua-dua negara.
Kedutaan itu menambah hubungan dua hala antara kedua negara telah menghasilkan kerjasama yang penting di peringkat serantau dan global kerana kedua-dua negara bekerjasama dalam isu-isu seperti keselamatan, perdagangan, pendidikan, kesihatan awam dan alam sekitar.
Tariq berkata beliau juga kecewa dengan Kedutaan AS mengenai kenyataannya.
“Kami perlu mengatakan bahawa kami kecewa kerana anda kecewa,” katanya.
Tinggalkan komen anda