Ayob Khan ketua polis baharu Johor


shadow

KETUA Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu berkuatkuasa 6 Mac ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata Ayob Khan turut memangku pangkat CP.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Mohd Kamarudin Md Din akan bertukar jabatan ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Tinggalkan komen anda