Anwar Bayar Zahid Untuk Dapat Sokongan?


shadow

Kuala Lumpur: Kemelut politik negara menyaksikan pelbagai spekulasi siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri ke 8.

Terdapat desas desus menyatakan sekutu antara Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi sedang melancarkan strategi bagi memastikan calon Perdana Menteri dikalangan ‘orang sendiri’.

Antara Anwar atau Zahid yang bakal PM, Siapa yang tahu?

Difahamkan Anwar bekerjasama dengan Zahid Hamidi untuk mendapatkan 20 Ahli Parlimen menyokongnya sebagai Perdana Menteri

Sumber mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim telah berunding dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi undian bagi menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber lagi, Anwar dikatakan telah menawarkan ganjaran jawatan kanan Menteri dan dibantu oleh Ahli Parlimen Baling, Dato’ Seri Azeez Rahim sebagai ‘pembawa beg’ untuk ditawarkan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Lebih 20 Ahli Parlimen dikatakan telah bersetuju bekerjasama dengan Presiden PKR itu dalam tawaran yang ditawarkan.

Sebelum ini, pihak SPRM telah memberi amaran kepada semua ahli parlimen untuk tidak terlibat dengan politik wang.

Bagaimanapun, jika perkara ini benar, maka jelaslah terdapat pihak-pihak yang cuba membuat sogokan.

SPRM perlu bertindak segera dan siasat perkara ini.

Jika Anwar dan Zahid amalkan politik wang. Maka Tun Mahathir adalah pemimpin paling layak mentadbir negara.

Tinggalkan komen anda