KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara, di sini, sebentar tadi.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya hanya melemparkan senyuman dan melambai tangan kepada pengamal media.
Ahli Parlimen Gua Musang daripada Barisan Nasional (BN), Tengku Razaleigh Hamzah, turut dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara.
Selain itu, sekumpulan Ahli Parlimen daripada PAS dilihat meninggalkan pekarangan istana dengan menaiki bas.
Tinggalkan komen anda