Agong Bakal Adakan Pertemuan Dengan Semua Ketua Pimpinan Parti Politik


shadow

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan memaklumkan Baginda masih belum memperoleh keyakinan berkenaan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli bagi membentuk sebuah kerjaan baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, justeru Pihak Istana Negara akan memanggil semua ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat.

Katanya ia sebagai memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke-8.

“Seri Paduka Baginda juga turut berkenan dengan keputusan yang telah diambil oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin 2 Mac 2020.

“Seri Paduka Baginda seterusnya akan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat jelata dan negara yang kita cintai bersama,” katanya lagi.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa Baginda turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen dan Ketua Setiausaha Negara serta semua pihak yang terlibat dalam proses temubual bersama ahli Parlimen yang berlangsung di Istana Negara selama dua hari bermula 25 Februari lalu.

Tinggalkan komen anda