WhatsApp terganggu, pengguna alami masalah hantar foto, video


shadow

PERKHIDMATAN aplikasi pesanan ringkas popular WhatsApp dilaporkan gagal berfungsi sekali gus menyebabkan pengguna di seluruh dunia berdepan gangguan, sejak sejam yang lalu.

Laman pengesan sesawang Down Detector melaporkan pengguna berdepan dengan masalah menghantar dan menerima fail berbentuk multimedia di aplikasi tersebut.

Ia membabitkan perkhidmatan penghantaran foto, video, GIF, ‘stickers’ dan rakaman audio.

Selain Malaysia, media antarabangsa melaporkan masalah berkenaan berlaku di sebahagian negara Asia dan Amerika Selatan serta Eropah.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda