Syarikat sarung tangan getah ambil tindakan pulih operasi


shadow

PENGELUAR sarung tangan getah WRP Asia Pacific Sdn Bhd telah merangka pelan terperinci bagi pentrukturan semula untuk memulihkan operasinya, kata peguam syarikat itu hari ini.

Thomas Philip Advocates and Solicitors berkata lembaga pengarah syarikat terbabit juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan sebelum ini yang diketuai oleh bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Lee Son Hong atas dakwaan salah urus.

“Lembaga pengarah yang baru maklum mengenai potensi pasaran sarung tangan global dan pentingnya menetapkan WRP Asia Pacific di atas landasan yang tepat.

“Selain itu, lembaga pengarah baharu menyediakan satu pasukan untuk membantu interim liquidator untuk mengembangkan potensi WRP Asia Pacific,” kata  

“Syarikat telah merangka pelan terperinci bagi penstrukturan semula untuk memulihkan semula operasi dan menjana keuntungan,” kata firma guaman itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan dikeluarkan susulan laporan berita semalam yang menyebut WRP Asia Pacific akan menggantung operasi perniagaannya dengan serta-merta atas masalah kewangan. 

Penggantungan tersebut tiga bulan selepas Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat mengumumkan sekatan ke atas WRP Asia Pacifik Sdn Bhd (WRP) kerana disyaki menggunakan buruh paksa.

Tinggalkan komen anda