SURUHANJAYA Pilihan Raya telah mengenal pasti lebih dua juta pengundi baharu yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata, mereka dikenal pasti menjelang pelancaran sistem pendaftaran pengundi automatik baru.
Sistem pendaftaran pengundi automatik akan diperkenal selaras dengan penurunan had umur mengundi dari 21 ke 18 tahun.
Menurut Azhar SPR berharap pelaksanaan sistem pendaftaran berkenaan pada pertengahan tahun depan.
“Tender untuk sistem berkenaan telah dianugerahkan dan prosesnya sedang dijalankan.
“Kita menyasarkan ia akan siap menjelang pertengahan tahun depan,” katanya di Menara SPR, Putrajaya hari ini.
Tinggalkan komen anda