Saya akan terus berkhidmat, kata Maszlee


shadow

MASZLEE Malik menegaskan beliau akan terus berkhidmat kepada negara walaupun tidak lagi berada di dalam Kabinet, selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri pendidikan hari ini.

Menurutnya, sebagai menteri dan ahli parti Bersatu di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad, beliau telah menjalan tugas dengan baik.

“Saya percaya kepimpinan perdana menteri sebagai seorang negarawan yang unggul, mempunyai pandangan yang jauh, beliau lebih memahami apa yang terbaik untuk negara.

“Dan sebagai seorang ahli parti, dengan penuh taat setia tidak berbelah bahagi, saya telah menjalankan tugas dengan terbaik.

“Saya akan terus berkhidmat kepada negara walau apa juga kedudukan saya selepas ini,” katanya pada sidang media khas peletakkan jawatan beliau di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya hari ini.

Ditanya kenapa beliau meletakkan jawatan, Maszlee bagaimanapun berkata beliau yakin perdana menteri ada wawasan untuk memimpin negara dan beliau setia kepada Dr Mahathir, parti dan kerajaan.

“Saya percaya apa saja keputusan yang dibuat, nasihat kepada saya oleh perdana menteri adalah untuk yang terbaik bagi demi negara,” katanya. 

Tinggalkan komen anda