Putrajaya sambut baik mahkamah Sabah, Sarawak guna AI


shadow

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Liew Vui Keong menyambut baik sokongan badan kehakiman terhadap usaha Putrajaya mendigitalkan mahkamah menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi maklumat.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, David Wong Dak Wah pada Jumaat mengumumkan badan kehakiman negeri akan menggunakan AI untuk membantu pegawai kehakiman dalam menentukan hukuman yang sesuai bagi kesalahan jenayah tertentu di kedua-dua negeri.

Wong juga mengumumkan pelancaran aplikasi untuk litigan mewakili diri sendiri dan laman web untuk mahkamah Malaysia Timur.

“Sokongan daripada hakim tertinggi negara adalah penting,” kata Liew dalam satu kenyataan hari ini.

“Profesion undang-undang tidak boleh menghindarinya. Ia mesti menerima digitalisasi: di mana Badan Kehakiman Sabah dan Sarawak menerajui satu teladan untuk pengamal undang-undang di seluruh Malaysia untuk diikuti. “

Liew berkata kerajaan persekutuan juga mengamalkan inisiatif AI e-semakan untuk mengurangkan keperluan peguam dan litigan untuk muncul secara fizikal di mahkamah.

Tinggalkan komen anda