Putrajaya akan terus beri subsidi petrol, kata Guan Eng


shadow

PUTRAJAYA akan terus memberi subsidi petrol walaupun berlaku kenaikan harga minyak dunia disebabkan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata Petronas juga akan mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak, tetapi kerajaan tidak akan membayar subsidi lebih tinggi.

“Bagi setiap kenaikan harga minyak sebanyak AS$1, Petronas akan memperoleh RM300 juta lagi, tetapi Petronas yang akan menerima manfaat.

“Kerajaan perlu membayar subsidi petrol yang lebih tinggi. Kami bersedia,” katanya kepada media hari ini selepas menghadiri Hari Terbuka Lembaga Hasil Dalam Negeri di Kuala Lumpur.

Harga minyak mentah Brent naik kepada AS$70 setong pagi ini, selepas dilaporkan Iran melancarkan peluru berpandu terhadap pangkalan tentera AS di Iraq. Ia susulan pembunuhan seorang jeneral tertinggi Iran pada Jumaat.

Sejak mengarahkan serangan dron yang membunuh Qasem Soleimani, Presiden AS Donald Trump memberi amaran mengenai “tindak balas besar” jika Tehran membalas dendam, mencetuskan penjualan saham dan kenaikan harga minyak mentah.

Tinggalkan komen anda