PM gesa masyarakat luar bandar berniaga


shadow

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat Malaysia menceburi bidang perniagaan untuk meningkatkan pendapatan. 

Dr Mahathir berkata, bidang perniagaan mampu mengurangkan jurang kekayaan antara masyarakat bandar dan luar bandar. 

“Saya memang berminat melihat lebih ramai orang yang tinggal di luar bandar dapat kejayaan seperti mereka yang duduk di bandar. 

“Kalau kita belajar berniaga kita dapat pendapatan bahkan lebih. Makan gaji takat itu saja tetapi berniaga boleh jadi jutawan,” katanya. 

Ahli Parlimen Langkawi itu turut meminta masyarakat luar bandar mencontohi rakyat Jepun dalam menerokai bidang keusahawanan. 

Dalam lawatan kerjanya di Okinawa, Jepun tahun lalu kata Dr Mahathir, beliau diajar membuat barangan kaca walaupun tidak pernah melakukannya sebelum ini. 

“Saya lawat kilang kaca saya lihat bagaimana mereka buat barangan kaca cukup cantik.

“Saya tidak pernah buat. Percayalah dalam lima belas minit saya (dapat) buat. 

“Perkara ini boleh belajar kalau hendak belajar. Kita ada kebolehan. Tiada usaha tidak boleh,” katanya. 

Sewaktu lawatan ke Okinawa akhir tahun lalu, Dr Mahathir turut mengagumi kaedah perniagaan masyarat itu yang menggunakan koperasi. 

Tinggalkan komen anda