Pemimpin DAP persoal Unimap bela soalan anggap Zakir Naik ikon


shadow

BEBERAPA orang pemimpin DAP mengecam Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang tiak menghiraukan kebimbangan awam terhadap soalan peperiksaan melibatkan penceramah bebas Dr Zakir Naik.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy mendesak siasatan bebas dijalankan, dan menurutnya, Naib Canselor Unimap R Badlishah Ahmad perlu diarahkan menjalankan siasatan semula soalan peperiksaan itu.

“Naib Canselor Badlishah Ahmad perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengarahkan siasatan bebas lain dalam perkara ini. Jika tidak, beliau tidak boleh menjustifikasikan kedudukannya selaku ketua eksekutif Unimap,” kata Ramasamy dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan dibuat universiti tidak lebih sekadar mahu “menutup isu itu” berbanding menanganinya dengan serius.

Beliau turut mempersoalkan logik Badlishah yang soalan itu hanya mencetuskan kontroversi dibocorkan sehingga disalah tafsir dalam perbincangan awam.

“Isu utamanya adalah soalan kertas itu yang mempertimbangkan (Zakir) Naik sebagai ikon. Siasatan oleh Unimap mengetepikan isu itu, membawa kepada kesimpulan bahawa tiada yang salah dengan memberikan status ikonik kepada Naik.

“Inilah masalah sebenar dengan soalan itu, bukanlah kerana prosedur penyaringan soalan atau sama ada soalan itu selari dengan objektif ditetapkan.

“Jika Naik diangkat sebagai ikon, maka tiada guna memeriksa soalan atau pilihan jawapan itu.

“Saya minta maaf, universiti awam di negara ini seperti Unimap menentang perubahan dan kebertanggungjawapan,” kata Ramasamy lagi.

Badlishah sebelum ini dilapor berkata siasatan Unimap mendapati soalan itu melalui proses saringan akademik ditetapkan universiti dan panel pemilihan terdiri daripada pensyarah pelbagai kaum dan agama.

Tinggalkan komen anda