Pas nafi buat keputusan guna lambang BN pada PRN Sarawak – Takiyuddin


shadow

KUALA LUMPUR: Pas tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk mempertimbang menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Malah jelas Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Pas belum memutuskan penyertaan dalam  pilihan raya negeri akan datang.

“Saya merujuk kepada kenyataan media bertajuk “Pas Sarawak pertimbang guna lambang BN” yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas Sarawak dan disiarkan oleh beberapa media pada 19 Januari 2020.

“Pas Pusat ingin mengesahkan tidak pernah membuat sebarang keputusan sedemikian malah belum memutuskan penyertaan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Kenyataan  Zharudin disifatkan tidak mewakili Pas Pusat mahupun  Pas Sarawak

Takiyuddin mengulas kenyataan media Ketua Penerangan Pas Sarawak, Zharudin Narudin yang sebelum ini mengatakan Pas Sarawak sedia mempertimbangkan untuk menggunakan logo BN pada PRN Sarawak jika ia mampu beri kemenangan pertama kepada parti.

Justeru katanya, kenyataan  Zharudin itu disifatkan tidak mewakili Pas Pusat mahupun  Pas Sarawak yang disahkan.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda