Pakatan cuba tamatkan karier politik Najib, kata Shafee


shadow

PAKATAN Harapan (PH) cuba menamatkan karier politik Najib Razak dengan mengisytiharkan bekas perdana menteri itu sebagai bankrap kerana gagal membayar cukai, kata peguam Shafee Abdullah kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kerajaan menerusi Lembaga Pendapatan Hasil Dalam Negeri (LHDN), mengemukakan saman terhadap Najib pada 25 Jun lalu untuk mendapatkan RM1.69 bilion cukai yang tidak dibayar antara 2011 dan 2017.

“Apabila klien saya (Najib) diisytiharkan bankrap, beliau akan terkeluar dari arena politik,” kata Shafee kepada mahkamah ketika menghantar permohonon bagi menangguhkan saman itu.

Peguam itu berkata Najib menjadi penyumbang terhadap lima kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil termasuk di Kimanis baru-baru ini.

Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang ahli Perlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri boleh hilang kelayakan jika diisytiharkan bankrap.

Najib merupakan Ahli Parlimen Pekan, kerusi yang disandangnya sejak 1976.

Tinggalkan komen anda