CANSELOR Jerman Angela Merkel akan mengadakan lawatan kerja ke Rusia pada Sabtu atas jemputan Presiden Vladimir Putin bagi membincangkan ketegangan di Timur Tengah, krisis Ukraine dan isu antarabangsa lain, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan Kremlin.
“Canselor persekutuan Jerman, Angela Merkel, akan mengadakan lawatan kerja ke Rusia atas jemputan Vladimir Putin pada 11 Januari,” menurut Kremlin dalam satu kenyataan pada Isnin.
Merkel dan Putin merancang untuk membincangkan peningkatan ketegangan yang dicetuskan serangan dron Washington berhampiran lapangan terbang Baghdad, yang menyebabkan komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran Qasem Soleimani terbunuh, kata Kremlin.
Mereka dijangka turut menyentuh penyelesaian krisis Donbas dalam konteks persetujuan yang dicapai di sidang kemuncak Normandy Four terkini selain membincangkan situasi di Syria dan Libya.
Tinggalkan komen anda