Menteri pendidikan baharu dari Bersatu, kata Dr Mahathir


shadow

MENTERI pendidikan baharu yang akan menggantikan Maszlee Malik tetap akan dipilih dari kalangan pemimpin parti Bersatu, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang kini memangku jawatan tersebut berkata beliau akan melepaskan jawatan tersebut secepat mungkin selepas mendapat pengganti yang sesuai.

“Biasanya (pengganti menteri pendidikan) daripada Bersatu. Saya (lepas jawatan) secepat mungkin selepas saya dapat seseorang untuk ambil alih.

“Saya (pangku jawatan ini) sementara sahaja,” kata beliau kepada pemberita selepas satu majlis di Langkawi.

Dr Mahathir memangku jawatan itu sejak 3 Januari, pada tarikh peletakan Maszlee berkuatkuasa. 

Tinggalkan komen anda