Mayat seorang penuntut UiTM ditemui


shadow

MAYAT seorang daripada dua mangsa dikhuatiri lemas di Pantai Pandak, Chendering, ditemui 9.50 malam, semalam.

Mayat mangsa, Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi, 21, ditemui terapung satu kilometer dari lokasi kejadian oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mayat mangsa berada empat meter dari pantai.

“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Rozizah berkata, operasi SAR bagi seorang lagi mangsa, Tengku Muhamad Afiq Tengku Muhazan Shah, 20, diteruskan.

Katanya operasi SAR membabitkan 43 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Dalam kejadian 6.30 petang tadi, mangsa yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke pantai berkenaan bersama 18 rakan.

Bagaimanapun, kegembiraan mereka berakhir tragedi apabila tiga rakan dihanyutkan ombak.

Bagaimanapun, seorang daripada tiga mangsa dilaporkan selamat manakala dua lagi dikhuatiri lemas.

Mangsa yang selamat dikenali sebagai

Muhammad Nazrin Mat Asri, 20, dari Kelantan.

  • myMetro

Tinggalkan komen anda