Krisis Iran-AS: Masa terbaik negara Islam bersatu, tetapi … – Tun Mahathir


shadow

PUTRAJAYA: Konflik di antara Iran dan Amerika Syarikat adalah masa terbaik untuk umat Islam di seluruh dunia bersatu.

Bagaimanapun ujar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun ia masa terbaik, namun tiada perpaduan yang dilihat dalam kalangan negara Islam ketika ini.

Malah serangan udara Amerika Syarikat sehingga membunuh komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani di Baghdad Jumaat lalu adalah satu tindakan tidak bermoral.

“Masa terbaik untuk negara Islam bersatu, walaupun begitu mereka masih tidak bersatu.

“Kita melihat tindakan tersebut telah diambil oleh lelaki yang berkuasa ini (Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump) terhadap apa yang didakwanya kehilangan nyawa rakyatnya dan dunia, tetapi kita (negara Islam) tidak mampu berbuat apa-apa.

“Jika kita lihat, penghapusan ‘pengganas’ yang dikatakan itu telah membunuh Jamal Kashoggi di luar sempadan.“Kali ini negara itu (AS) ambil keputusan untuk membunuh ketua dari negara lain, jadi ini adalah tindakan tidak bermoral seolah-olah tiada undang-undang.

“Sekarang, dunia sudah tidak selamat. Jika siapa-siapa menghina dan ada pihak tidak suka mengenainya, mereka boleh menghantar dron ke negara itu dan lepaskan tembakan,” kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya pada Selasa.

Mengulas ucapannya yang sering kali mengkritik AS, jelas Perdana Menteri beliau hanya menyuarakan yang benar dan tidak peduli jika ia melibatkan pemimpin negara kuasa besar.

  • astro Awani


Tinggalkan komen anda