Jho Low dapat perlindungan suaka di Eropah Ogos tahun lalu


shadow

AHLI perniagaan Malaysia yang kini dalam pelarian Low Taek Jho dipercayai memperoleh suaka di negara Eropah, menurut The Straits Times.

Low tidak mendedahkan negara mana kepada akhbar harian Singapura itu yang menemu bualnya, dan hanya mengesahkan beliau diberikan suaka pada Ogos tahun lalu.

Katanya, negara yang menawarkannya suaka itu “sebuah negara yang bertindak mengikut prinsip Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah atas dasar pendakwaan politik yang dikenakan terhadapnya dan pelanggaran hak asasinya”.

The Straits Times berkata ia difahamkan negara itu di Eropah.

“Saya berdepan dengan masalah keselamatan dan maka tidak dapat komen lokasi saya atau maklumat lain,” kata Low.

Beliau menyelar Malaysia, berkata ia sepatutnya menghormati perjanjian antarabangsa yang ditandatangani, “sebagai bantahan kepada mengabaikan kedaulatan undang-undang dan meneruskan strategi dalam media untuk mengalihkan daripada masalah sebenar di Malaysia seperti perkauman, rasa hormat yang merosot di pentas antarabangsa, dan lain-lain”.

The Straits Times melaporkan Low dipercayai berada di Emiriyah Arab Bersatu. Tidak jelas daripada temu bual itu sama ada beliau berada di negara yang menawarkannya suaka, atau tidak.

Membawa pulang Low untuk berdepan pertuduhan di Malaysia masih sukar dilaksanakan oleh polis di sini, kerana tarikh akhir hujung tahun 2019 yang diberikan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador kini berlalu.

Low dalam temu bual itu berkata beliau mahu kembali melakukan kerja amal dengan fokus kepada kajian barah.

Tinggalkan komen anda