MASJID Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas solat Isyak malam ini bagi memohon agar Malaysia dilindungi Allah daripada wabak koronavirus.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Paimuzi Yahya berkata justeru Majlis dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri disaran menganjurkan solat hajat dan doa selamat di masjid di bawah seliaan masing-masing susulan pengesahan jangkitan pertama kes koronavirus di Malaysia melibatkan tiga pelancong dari China yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.
Jakim menjemput umat Islam untuk turut serta menunaikan solat hajat dan memperbanyakkan doa bagi memohon perlindungan Illahi, tambah Paimuzi.
Di samping itu umat Islam perlu mengikuti saranan amalan kesihatan seperti yang disyorkan oleh KKM, katanya lagi. – Bernama
Tinggalkan komen anda