SEHARI selepas disindir gara-gara rakaman perbualannya didedahkan kepada umum, Najib Razak memulangkan sindiran penyokong Pakatan Harapan kepadanya.
Dalam reaksi terhadap keputusan Peguam Negara Tommy Thomas tidak mendakwa sesiapa berhubung penyebaran rakaman video seks dua lelaki pada Julai lalu, Najib memberikan nasihatnya kepada pihak berkuasa.
“Can I advise you something, pihak berkuasa?
“Sebenarnya bukan susah pun jika pihak berkuasa nak tahu siapa pelaku-pelaku dalam video intim itu.
“Itu pun kalau nak lah,” tulisnya di Facebook petang tadi.
Sejak semalam, Najib disindir di media sosial selepas agensi anti rasuah mendedahkan rakaman perbualannya dengan isteri Rosmah Mansor.
Dalam perbualan itu, Rosmah didengar memberi nasihat kepada Najib dengan ayat yang sama—“Can I advise you something?”.
Dalam komennya di Facebook, Najib berkata identiti pelaku dalam rakaman video itu boleh dikenal pasti dengan menyemak rekod pendaftaran hotel dan waktu kejadian, yang ditandai dengan waktu siaran rancangan televisyen yang kedengaran dalam rakaman itu.
“Semasa mereka “beraksi” dalam video, TV terpasang kuat.
“Rakaman CCTV hotel juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Dengan nada menyindir, Najib berkata Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku dirinya individu dalam rakaman itu, tentu kini “bingung” siapa sebenarnya yang bersamanya pada waktu kejadian itu.
“Tapi kesianlah Haziq dengan pengumuman peguam negara hari ini.
“Saya percaya dia kini tengah fikir siapa sebenarnya yang ‘bersama’ dia malam penuh kenangan itu.
“Tentu dia bingung,” kata Najib.
Sehari selepas rakaman seks dua lelaki berhubungan intim tersebar melalui WhatsApp pada awal pagi 11 Jun 2018, Haziq mendedahkan individu dalam rakaman itu adalah beliau dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Hubungan intim itu, kata Haziq, berlaku di Sandakan, Sabah pada 11 Mei 2018, semasa kempen pilihan raya kecil kawasan parlimen itu.
Azmin menafikan tuduhan dan menyifatkannya sebagai perancangan jahat untuk memusnahkan masa depan politiknya.
Beliau menyifatkannya sebagai perancangan jahat untuk memusnahkan masa depan politiknya.
Hari ini, Peguam Negara berkata tiada pendakwaan jenayah akan dikenakan terhadap mana-mana pihak berhubung rakaman video seks kerana siasatan pakar dalam dan luar negara tidak dapat mengenal pasti dengan muktamad identiti pelakunya.
Dalam pada itu, Najib mempersoalkan sama ada Haziq membuat laporan polis palsu herhubung identiti pelaku dalam rakaman seks itu.
Tinggalkan komen anda