Hari 7: Setiausaha Najib minta hantar draf laporan audit 1MDB ke rumahnya pada 2016


shadow

Perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang melibatkan dakwaan mengubah laporan audit 1MDB memasuki hari ketujuh hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawakan anda laporan langsung prosiding.


10.15 pagi – Mahkamah mendengar daripada pegawai bersara Jabatan Audit Negara, Saadatul Nafisah bahawa pada Februari 2016, dia menghantar satu salinan draf laporan audit 1MDB kepada Shukry Mohd Salleh, ketua setiausaha sulit kepada Najib yang merupakan perdana menteri ketika itu, di rumah Shukry di Putrajaya.

Menurut Saadatul, yang ketika itu merupakan ketua pasukan khas yang ditugaskan untuk menjalankan audit pada 1MDB, dia menghantar laporan itu kepada Shukry selepas diperintahkan untuk berbuat demikian oleh Ketua Audit Negara, Ambrin Buang.

“Oleh yang demikian, pada 20 Feb 2016 saya telah arahankan Puan Suraya Adnan untuk mencetak draf laporan audit akhir tersebut.

“Puan Suraya adalah pegawai yang bertanggungjawab menyimpan softcopy draf laporan akhir.

“Salinan dicetak kemudian dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeteraikan sebagai ‘rahsia’ (rahsia) olehnya.

“Tan Sri Ambrin kemudian memberikan nombor Tan Sri Shukry, dan saya menghantar mesej Whatsapp kepada Shukry di mana saya memberitahunya bahawa saya mendapat perintah untuk memberikan draf akhir laporan itu.

“Dia (Shukry) kemudian memerintahkan saya untuk menghantarnya ke rumahnya, dan dia memberikan saya alamat rumahnya di Precint 10, Putrajaya.

“Kira-kira pukul 10 pagi pada hari yang sama saya pergi ke rumah dan menyerahkan salinan itu di pintu rumahnya,” katanya


9.46 pagi: Saksi ketujuh, bekas pegawai Jabatan Audit Negara Saadatul Nafisah Bashir Ahmad mengambil tempat di kandang saksi

Mahkamah sebelum ini mendengar bahawa pegawai pegawai Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad telah menyelit perakam suara ke dalam kotak pensil Saadatul Nafisah semasa mesyuarat penting pada 24 Feb 2016.

Semasa mesyuarat itu, keputusan dibuat untuk mengeluarkan bahagian kontroversi laporan audit akhir 1MDB.


9.44 pagi – Bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy masuk kandang saksi. Prosiding bermula.


9.34 pagi – Bekas perdana menteri Najib Razak melangkah masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam.

Juga dilihat menunggu prosiding bermula ialah peguam bela utamanya, Muhammad Shafee Abdullah dan anggota pasukan pembelaan lain.


9.25 pagi – Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dilihat berunding dengan peguam bela utamanya, N Sivananthan sambil menunggu prosiding bermula.

Juga dilihat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram.

Tinggalkan komen anda