Harga RON97 turun 8 sen


shadow

HARGA petrol RON97 turun 8 sen daripada RM2.49 kepada RM2.41 seliter bagi tempoh 1 Februari sehingga 7 Februari depan, kata Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun harga RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, kata kementerian itu.

Dengan pengekalan harga runcit bagi RON95 dan diesel, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh tersebut adalah berjumlah RM10.43 juta. 

Tinggalkan komen anda