Malaysia Airlines (MAS) sedang gigih mencari syarikat yang sesuai untuk melabur dalam syarikat itu dalam usaha untuk memastikan kesinambungan dan kegemilangan syarikat penerbangan negara terus maju.
Beberapa syarikat antarabangsa telah menyatakan minat dan bid untuk menjalinkan kerjasama dan salah satu antaranya adalah syarikat tambang murah Air Asia.
Walaupun jalinan kerjasama dibuka bertujuan untuk membangunkan MAS namun Air Asia dilihat tidak mampu memberi impak positif kepada MAS sekiranya kerjasama itu benar-benar terjadi.
Hutang kumpulan Air Asia X yang terlalu tinggi hanya akan memberi beban kepada MAS yang dalam proses pemulihan.
Akibat mengenakan tambang yang terlalu rendah, Air Asia X kadang kala gagal mendapat modal pusingan dan akhirnya yang menjadi hutang dan bakal menyusahkan MAS.
Selain itu, jalinan kerjasama MAS dan Air Asia mungkin boleh menyebabkan syarikat penerbangan negara itu akan ditutup dan ditempatkan di bawah kumpulan AirAsia manakala Malaysia Airport Berhad (MAB) pula akan diletakkan di bawah Asia Aviation Investment Ltd (AAIL) yang 100% dimiliki oleh kumpulan Air Asia.
Perkara ini yang rata-ratanya rakyat tidak mahu berikutan nilai sentimental MAS sebagai syarikat penerbangan kebanggaan negara.
Apa yang dilihat, pemilihan Air Asia bukan satu pilihan terbaik dan MAS mungkin boleh menjadikan syarikat lain sebagai pilihan utama antaranya Air France-KLM dan juga Japan Airlines.
Tinggalkan komen anda