Fernandes sah tutup Twitter


shadow

SELEPAS menutup laman Facebook Mac lalu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes sah menutup akaun Twitternya pula.

Menerusi carian di internet hari ini, akaun Twitter menggunakan @tonyfernandes milik tokoh itu sudah tidak wujud.

Terdahulu media tempatan melaporkan, Fernandes menerusi ciapan di Twitter memberi bayangan mahu menutup akaun berkenaan selepas menyifatkan platform berkenaan menimbulkan kebencian dan kemarahan.

“Sudah tiba masanya menutup Twitter sepertimana Facebook.

“Walaupun mempunyai ramai pengikut, tetapi terlalu banyak perkara negatif, kepalsuan dan menimbulkan kemarahan.

“Ia satu perjalanan yang hebat. Sekarang saya rasa lebih baik tanpa Facebook dan saya pasti akan lebih baik tanpa Twitter.

“Media sosial menjadi tempat orang melempiaskan kemarahan,” katanya dalam ciapan di Twitter @tonyfernandes, semalam.

Sejak menyertai laman itu pada 2008, Fernandes mempunyai kira-kira 1.3 juta pengikut dan menerima ciapan sebanyak 21,400 kali.

  • myMetro

Tinggalkan komen anda