Doktor rawat pesakit koronavirus di China meninggal dunia


shadow

SEORANG doktor dalam pasukan merawat pesakit koronavirus di China meninggal dunia, lapor Reuters.

Memetik tuit China Global Television Network, Dr Liang Wudong, 62, dilaporkan bekerja di Hospital Hubei Xinhua.

Daerah Hubei adalah wilayah terletaknya bandar Wuhan, pusat meledaknya wabak 2019-nCoV atau 2019 Novel Koronavirus, yang kini sudah meragut 41 nyawa dan merebak ke beberapa buah negara lain termasuk AS, Perancis dan Australia.

Virus itu juga sudah menjangkiti hampir 1,300 orang di China sahaja.

Pakar kesihatan melaporkan sudah wujud kes jangkitan manusia-ke-manusia, terutamanya di Wuhan, bandar 11 juta penduduk yang kini ditutup bagi mengekang penyebaran wabak itu. 

Tinggalkan komen anda