BRUNEI menduduki tempat ke-16 dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia yang mana rakyatnya boleh menikmati kemudahan tanpa visa di 153 negara atau destinasi, menurut Indeks Pasport Global Arton Capital, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Buletin Borneo semalam, indeks itu menyenaraikan kedudukan semua pasport di dunia berdasarkan akses dinikmati pemegang yang boleh melawat sesebuah negara tanpa perlu memohon visa.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat kedua yang memberi akses kepada rakyatnya untuk melakukan perjalanan tanpa visa di 179 negara atau destinasi.
Turut tersenarai Jerman, Finland, Luxembourg dan Sepanyol untuk perjalanan tanpa visa ke 172 negara dan destinasi; dan Denmark, Itali, Belanda, Austria, Portugal, Switzerland, Jepun, Korea Selatan, Ireland dan Amerika Syarikat, sebanyak 171 negara.
Tinggalkan komen anda