Bilakah Malaysia benar-benar dapat mencapai status kemalangan sifar?


shadow

KUALA LUMPUR: Tidak mustahil bagi Malaysia untuk memperkenalkan polisi kemalangan sifar bagi menggurangkan kadar kemalangan yang berlaku.

Malah, menurut Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Law Teik Hua, penggubal undang-undang sepatutnya perlu memperkenalkan polisi ini dengan lebih awal.

Bagaimanapun, kata Dr Law, berkata terdapat tiga faktor yang perlu dipertimbangkan seperti penguatkuasaan, pelajaran dan persekitaran dalam pelaksanaan polisi tersebut di negara ini.

Kata Dr Law, Malaysia boleh mengambil iktibar daripada Sweden yang telah mengambil pendekatan ‘Vision Zero’ sejak 1997 bagi menangani kemalangan jalan raya.

Daripada mencegah sebarang kemalangan daripada berlaku, konsep ‘Vision Zero’ memberikan fokus dalam memupuk sikap menghargai setiap nyawa dalam rakyat Sweden.

“Jika semua komited, ia boleh dilaksanakan pada esok juga. Terdapat tiga faktor yang memainkan peranan dalam pelaksanaan isu ini iaitu penguatkuasaan, pelajaran dan persekitaran.“Sebagai contoh, peraturan tali pinggang keledar belakang. Tetapi beritahu saya, berapa peratus yang sanggup menggunakan tali pinggang keledar tersebut? Ini merupakan isu penguatkuasaan.

“Ada yang duduk di kerusi penumpang, dan jika mereka tidak memakainya, tiada apa-apa yang akan berlaku kepada mereka. Dan ia merupakan budaya negara ini. Bagaimanakah kami dapat memupuk ‘Vision Zero’ dalam kalangan masyarakat?” kata Dr Law ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.

Tambahnya, aspek keselamatan juga perlu dijadikan sebagai keutamaan dalam perancangan pembinaan jalan raya dan reka bentuk infrastruktur.

“Semuanya saling berkaitan. Jika anda bertanya kepada saya bagaimana kita dapat melaksanakan ‘Vision Zero’ dalam kalangan masyarakat? Kita perlu melihatnya daripada semua sudut.

“Bagaimana kita dapat menangani satu demi satu ini, jika kita hanya memberi fokus kepada satu atau dua faktor sahaja?

“Kita tidak akan menjadi negara yang berjaya dalam bergerak ke arah polisi kemalangan sifar,” katanya.

Untuk rekod, jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara bagi tahun 2019 dilaporkan sebanyak 567,466 kes.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias dalam satu sidang media pada Isnin berkata ia mencatatkan peningkatan sebanyak 3.4 peratus berbanding 548,558 pada tahun sebelumnya.

Dengan kadar kemalangan yang meningkat saban tahun, persoalan yang timbul adalah – bilakah Malaysia dapat benar-benar menuju ke arah kemalangan sifar?

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda