7 daripada 10 kes negatif koronavirus, kata Kementerian Kesihatan


shadow

UJIAN makmal ke atas tujuh daripada sepuluh kes disyaki dijangkiti koronavirus disahkan negatif, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Daripada tujuh kes negatif itu, lima dikesan pada Ahad, manakala dua kes lagi dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ahad lalu lima kes dikesan di Langkawi, Kuala Lumpur (2) dan Bintulu (1). Dua individu yang disahkan negatif itu berada di Hospital Kuala Lumpur, kata Dzulkefly.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan masih menunggu keputusan ujian ke makmal ke atas dua warga China yang sedang dikuarantin di Langkawi dan seorang lagi di Bintulu.

Setakat ini kekal empat kes disahkan positif koronavirus dan kesemua pesakit dari China itu sedang dirawat di dua buah hospital.

Tinggalkan komen anda