PIHAK berkuasa Mexico semalam menemui 29 mayat yang ditanam dalam satu kubur di Guadalajara.
Kubur itu dikesan di Jalisco, sebuah kawasan yang sering berlaku keganasan dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang. Ia juga merupakan kawasan sama 80 mayat ditemui sejak November tahun lalu.
Menurut pejabat pendakwa raya, empat mayat sudah dikenal pasti dan tersenarai dalam senarai orang hilang.
Pihak berkuasa berkata operasi menggali kubur itu akan diteruskan untuk mencari mayat lain.
Disember lalu pihak berkuasa menemui sekurang-kurangnya 50 mayat yang ditanam kira-kira 260 kaki dari kubur yang ditemui hari ini.
Manakala pada November pula, 31 mayat ditemui di kawasan berdekatan.
Tinggalkan komen anda