20 maut dalam kemalangan bas di utara Iran


shadow

SEKURANG-kurangnya 20 orang maut selepas sebuah bas penumpang yang mereka naiki ‘bergolek’ beberapa kali di utara Iran, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik stesen penyiar rasmi pada Khamis.

Press TV melaporkan bahawa insiden itu berlaku di Doab dalam wilayah Mazandaran semasa bas tersebut dalam perjalanan dari Tehran ke Gonbad-e Kavus yang terletak dalam wilayah Golestan.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Siasatan awal menunjukkan gangguan teknikal sebagai punca nahas, menurut Agensi Berita Fars.

Kira-kira 20,000 orang maut dalam nahas jalan raya di Iran setiap tahun.

Cara memotong yang tidak wajar dan memandu melebihi had laju secara melulu adalah punca utama nahas jalan raya di negara itu.

Tinggalkan komen anda