Serah jawatan PM: Tidak akan berlaku sebelum APEC 2020 – Tun Mahathir


shadow

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa menjanjikan penyerahan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun terdapat dakwaan salah laku seksual terbaru membabitkan bakal penggantinya itu.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama Reuters, Dr Mahathir, 94, bagaimanapun memberitahu, penyerahan  jawatan itu tidak akan berlaku sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah pada November 2020.

“Saya telah berjanji dan saya akan lakukannya, namun pertukaran yang segera sebelum sidang APEC hanya akan menimbulkan gangguan.

“Setakat yang saya tahu, saya akan berundur dan akan menyerahkan baton kepadanya (Anwar). Jika rakyat tidak menerima beliau, itu urusan mereka, namun saya akan jalankan bahagian saya dalam janji itu… walaupun apa dakwaan yang dihadapinya.“Saya telah berjanji… saya akan berpegang pada janji,” ujar beliau.

Ditanya sama ada penyerahan jawatan itu boleh terjadi pada Disember 2020, Mahathir berkata: “Kita lihat bila tiba masanya.”

Hubungan yang tidak menentu antara kedua-dua sosok politik itu berubah-ubah – dari kawan kepada musuh politik hingga bersatu kembali untuk merampas kuasa – telah membentuk landskap politik di Malaysia selama berdekad-dekad lamanya.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda