Sasaran KDNK 2020 kekal 4.8%, kata Guan Eng


shadow

KERAJAAN mengekalkan sasaran unjuran asal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.8% untuk 2020 walaupun World Bank menyemak semula unjurannya kepada 4.5%.\

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan hanya akan menyemak semula sasaran itu jika unjuran pertumbuhan KDNK 4.7% tahun ini tidak tercapai.

“Kami masih yakin dapat capai sasaran 4.7% (tahun ini), namun kita tunggulah dahulu angkanya apabila dikeluarkan tahun depan.

“Kami kekalkan sasaran ini (bagi 2020) dan ia akan bergantung kepada prestasi pertumbuhan 2019. Saya yakin jika sasaran pertumbuhan 4.7% tahun ini tercapai, kita akan mengekalkan sasaran pertumbuhan 4.8% (bagi 2020),” katanya pada sidang media di sini hari ini,

Bank Dunia menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2020 kepada 4.5% daripada unjuran awal pada 4.6%, susulan pertumbuhan eksport dan pelaburan suku ketiga 2019 yang lemah berbanding jangkaan.

Dalam Pemantauan Ekonomi Malaysia 2019, Bank Dunia berkata prospek perdagangan yang lembap dan ketidaktentuan yang meningkat, menjejaskan keyakinan ke atas cadangan perniagaan dan pelaburan.

Tinggalkan komen anda