Sabar saya ada batas, kata Anwar


shadow

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim berkata beliau sentiasa terbuka dan bersabar dalam menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak terhadap parti itu. 

Bagaimanapun, Anwar menegaskan kesabaran beliau ada batasan terutama terhadap pihak yang menggambarkan PKR sebagai parti yang lemah. 

“Saya sabar (bila orang beri gambaran) sebab fikir setiap orang ada hak untuk memberi gambaran. 

“Tapi saya tak boleh (sabar) jika orang beri gambaran parti (PKR) berpecah, lemah… sebab menjadi tanggungjawab saya untuk membina kekuatan parti,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR negeri Perak di Ipoh, malam tadi. 

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengulangi kenyataan untuk memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad lebih-lebih lagi semasa beliau sedang menggalas satu tugas yang bukan mudah. 

“Khamis lepas saya berjumpa beliau dan bersembang lama. Saya buat pendirian bagi sokongan penuh kepada beliau sebagai ketua. Kita jangan persulitkannya, kita bersatu jangan berpecah,” kata Anwar. 

Tinggalkan komen anda