Rahsia mesyuarat Kabinet untuk pegawai tertinggi saja, kata menteri


shadow

TIADA keperluan melibatkan semua pihak selain pegawai tertinggi dalam mesyuarat pasca Kabinet kerana isi pertemuan itu adalah rahsia penting, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (Motac) Mohammadin Ketapi.

Katanya beliau hanya akan menjelaskan kepada pegawai tertinggi kementeriannya selepas mesyuarat Kabinet kerana beliau tidak akan membocorkan rahsia kerajaan kepada semua orang.

“Ada pihak tidak mempunyai akal untuk berfikir,” katanya pada sidang media selepas Karnival Mesra Muslim Antarabangsa di Semporna Sabah.

“Mereka fikir bahawa (hanya kerana) ada mesyuarat Kabinet, jadi ada keperluan untuk mengadakan pertemuan selepas mesyuarat itu. Apa yang perlu diberitahu jika ia adalah rahsia kerajaan? Jika ia maklumat sulit, jadi anda tidak boleh beritahu semua orang… hanya beritahu pegawai tertinggi sahaja.”

Beliau mengulas laporan The Malaysian Insight bahawa tiada mesyuarat pasca Kabinet diadakan setakat Jumaat lepas (29 November).

“Anda tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet? Ia rahsia yang sangat sulit… tiada keperluan libatkan semua pihak,” kata Mohammadin.

Mohammadin menyifatkan dakwaan bahawa beliau tidak pernah mengadakan mesyuarat pasca Kabinet pada 2019 sebagai pembohongan.

Katanya jika pihak terlibat berdepan tindakan undang-undang jika terus mengeluarkan dakwaan tersebut.

Sambil mengesahkan tidak pernah mengadakan mesyuarat pasca Kabinet pada 29 November seperti yang dilaporkan, Mohammadin berkata tiada keperluan untuknya mengumumkan setiap kali beliau mengadakan pertemuan dengan stafnya.

Menurut sumber kementerian, ia disebabkan hubungan kerja yang renggang antara menteri dan pegawai kanan kementerian.

Mohammadin dikatakan tidak boleh bekerja dengan bekas ketua setiausaha (KSU) kementerian Isham Ishak, yang menyertai kementerian itu sejak Januari lalu dan ditukarkan ke Kementerian Pengangkutan bulan lepas.

Mohammadin berkata, beliau sentiasa memaklumkan setiap pelaporan berkaitan kepada ketua setiausaha kementerian sama ada yang lama mahupun yang baharu serta memaklumkan secara individu kepada setiap pengurusan tertinggi agensi di bawah kementeriannya.

Jelas beliau, mesyuarat itu tidak dibuat kerana hubungan kerja yang renggang antara menteri Mohammadin Ketapi dan pegawai kanan kementerian, di tengah-tengah spekulasi adanya elemen sabotaj “daulah terpendam” dalam perkhidmatan awam.

Mohammadin pernah mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya tahun lalu tetapi The Malaysian Insight difahamkan beliau tidak boleh bekerja dengan bekas ketua setiausaha (KSU) kementerian Isham Ishak, yang menyertai kementerian itu sejak Januari lalu.

Isham ditukarkan ke Kementerian Pengangkutan bulan lepas.

Selepas Isham dipindahkan, Mohammadin mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet pertama tahun ini pada 29 November lalu, kata sumber.

Tinggalkan komen anda