PRK dijangka diadakan untuk kerusi Kimanis


shadow

SATU pilihan raya kecil (PRK) dijangka akan diadakan untuk kerusi Kimanis susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembatalan kemenangan penyandangnya, Anifah Aman di kerusi itu.

Laporan Bernama menyebut, Mahkamah Persekutuan dengan sebulat suara mendapati mahkamah pilihan raya tidak melakukan kesilapan dalam keputusannya.

Laporan itu menyebut, panel diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat turut mendapati berlaku pelbagai salah laku dan pelanggaran undang-undang sewaktu pilihan raya di kerusi itu.

Oleh itu, perkara berkenaan menjejaskan keputusan pilihan raya di kerusi itu, katanya.

Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi menewaskan calon Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – 2 Disember, 2019.

Tinggalkan komen anda