SEBUAH pesawat yang dijadualkan dihantar ke Air Tanzania tetapi dirampas oleh pihak berkuasa Kanada bulan lalu akhirnya selamat tiba di Tanzania semalam.
Imej yang disiarkan di televisyen menunjukkan Bombardier Q400 buatan Kanada selamat mendarat di Mwanza, di barat laut negara ini.
Pesawat itu dirampas pada November sebagai sebahagian daripada tuntutan mahkamah $33 juta yang dilancarkan oleh bekas pemilik tanah mengenai kewarganegaraan Tanzania pada 1980-an.
Presiden Tanzania John Magufuli tidak menjelaskan bagaimana kes itu diselesaikan tetapi berkata “usaha kerajaan membolehkan pesawat itu dilepaskan”.
Pamela O’Donnell, Duta Besar Kanada ke Tanzania tidak memberi sebarang petunjuk bagaimana pertikaian itu diselesaikan.
Tetapi pada majlis di Mwanza beliau berkata: “saya percaya kerjasama ini dalam sektor penerbangan akan terus dan meningkatkan pelancongan Tanzania juga”.
Pada Ogos sebuah pesawat Airbus 220-300 telah dirampas di lapangan terbang Johannesburg Afrika Selatan selepas mendarat dari Tanzania tetapi mahkamah memerintahkan pembebasannya pada September.
Menteri Luar Tanzania Palamagambar Kabudi berkata bulan lalu orang sama turut terlibat di sebalik kejadian ini.
Pada 2017 dalam satu lagi kes, pesawat Q400 lain turut ditahan oleh syarikat pembinaan Kanada berhubung tuntutan $38 juta.
Pesawat itu kemudian dilepaskan, dilaporkan selepas penyelesaian kewangan dibuat.
Tinggalkan komen anda