Seringkali kita dengar, cenderungnya masyarakat menjadikan MAS (Malaysia Airlines) sebagai pilihan terakhir dek kerana harga tiket.
Namun, adakah pelanggan akan berasa berbaloi dengan setiap sen yang digunakan untuk menjadikan MAS sebagai pilihan utama untuk terbang ke destinasi tertentu.
Sebagai sebuah syarikat penerbangan premium yang menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia, MAS perlu mengekalkan standard dan kualiti walau pesaing menawarkan harga yang jauh lebih murah.
Apalah gunanya harga yang lebih rendah jikalau servis yang diberikan kepada pelanggan sangat teruk. Serba serbi tak kena dan pelanggan terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah karut marut. Lebih teruk ada juga masalah yang ditimbul bukan dari pihak pelanggan sebaliknya ia datang dari masalah tidak professional sesetengah syarikat penerbangan tambang rendah yang lebih rakus mengaut keuntungan.
Perkara ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Malaysia dan MAS turut menerima tempias. Bagaimanapun, enggan akur dengan asakan pihak-pihak tertentu, MAS tetap berpegang teguh dengan prinsip untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan melalui janji Malaysian Hospitality.
Selama 20 tahun MAS tidak pernah mengecewakan rakyat Malaysia dengan servis yang terbaik. Baik dari segi khidmat pelanggan mahupun pengalaman sepanjang terbang bersama MAS, semua itu tidak akan menghampakan pelanggan.
Malahan syarikat penerbangan negara itu sejak dahulu lagi berperanan untuk menyediakan hubungan yang penting melalui laluan strategik dan masyarakat untuk kepentingan rakyat Malaysia. Urusan perniagaan dan kekeluargaan menjadi lebih mudah terutamanya jika berhadapan masalah di luar nergara kerana kesediaan MAS dan kakitangannya yang sentiasa prihatin dalam menghulurkan bantuan.
Kini dengan tamatnya Pelan Pemulihan MAS (MRP), syarikat penerbangan negara itu terus berhempas pulas meneruskan perjuangan dengan sebuah pelan jangka panjang lebih komprehensif yang memerlukan sokongan kerajaan dalam mengubah lanskap industry penerbangan negara. Adalah penting untuk polisi baru digubal serta pendekatan baru diambil bagi memastikan bukan sahaja kejayaan setiap pemain tetapi juga memberi manfaat kepada negara dan rakyat.
Tinggalkan komen anda