Pekerja dengar bunyi letupan


shadow

TUJUH rumah kongsi di kilang bata di Batu 9 1/2 Jalan Labu, Seremban musnah dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 Mohammad Asree Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.47 tengah hari.

Menurutnya, seramai 30 pegawai dan anggota dengan lima jentera dari BBP Seremban 2, Nilai serta Pasukan Bomba Sukarela Pelenggong dikejarkan ke lokasi.

“Bomba menerima panggilan daripada penyelia kilang yang dimaklumkan oleh pekerjanya mengenai kejadian terbabit.

“Pekerja beritahu terdengar bunyi letupan ketika sedang bekerja dan kemudiannya melihat api marak di rumah kongsi itu.

“Operasi mengawal dan memadamkan kebakaran mengambil masa kira-kira 15 minit,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Bagaimanapun, Mohammad Asree berkata, kesemua 32 penghuni warga asing termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak selamat dalam kejadian terbabit.

  • myMetro

Tinggalkan komen anda