Pakatan mangsa kejayaannya sendiri, kata Mat Sabu


shadow

PAKATAN Harapan adalah mangsa kepada kejayaannya sendiri, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika menyifatkan langkah reformasi yang dilaksanakan kini digunakan bagi menentang kerajaan.

Kebebasan yang dinikmati pembangkang ketika ini telah membenarkan mereka menyerang pentadbiran Pakatan dengan cara yang tidak mungkin dapat dilakukan ketika pentadbiran Barisan Nasional, kata Mohamad.

“Ini adalah kelebihan Pakatan Harapan, kerana ia memastikan demokrasi yang matang dan dinamik hanya hanya boleh dilaksanakan apabila kerajaan mampu menghadapi kritikan secara terbuka,” kata Mohamad pada Konvensyen Tahunan Amanah di Shah Alam hari ini.

“Ini adalah sebahagian daripada janji Pakatan Harapan untuk adil kepada semua termasuk pembangkang,” kata Mohamad semasa menyampaikan ucapan dasar.

“Ia tidak akan mengulangi kegagalan kerajaan BN untuk membebaskan media dan ruang demokratik semasa memerintah Malaysia.”

“Sebelum ini, anda ikut demonstrasi, keesokan harinya anda masuk penjara.

“Bagaimanapun, di bawah pemerintahan ini, tidak ada lagi perkara itu,” kata beliau merujuk kepada penindasan yang pernah diterima pembangkang ketika kerajaan sebelum ini memerintah.

Mohamad merupakan antara pemimpin PH yang sering dipenjarakan ketika beliau berada di barisan pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Walau bagaimanapun, Mohamad mengakui bahawa banyak perubahan yang dilaksanakan oleh pentadbiran PH belum dirasai oleh orang ramai.

Walaupun hakikatnya, kata beliau, Pakatan berjaya melaksanakan lebih daripada 60% janji dalam manifesto pilihan raya.

“Kejayaan yang kami capai dalam tempoh dua tahun adalah besar dan kami akan meneruskan bersama seluruh kekuatan PH untuk melaksanakan manifesto, membina semula negara dan memperbaiki kehidupan rakyat.”

Tinggalkan komen anda